Dr. Ahmad Nadzri adalah CEO merangkap Pengarah Urusan NRZ Holidays & Services Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat pelancongan inbound dan outbound serta pengendalian umrah.
Beliau juga adalah Principal firma perundingan latihan sumber manusia yang diasaskan oleh beliau sejak 25 tahun yang lalu. Beliau turut terlibat sebagai seorang konsultan dan trainer dalam bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia.
Bidang perniagaan dalam sektor pelancongan bukan sesuatu yang baru bagi Dr Ahmad Nadzri. Sebelum ini beliau pernah terlibat sebagai Pengarah Eksekutif selama 4 tahun kepada sebuah syarikat pelancongan.
Pengalaman yang luas sebagai seorang Principal firma perundingan latihan sumber manusia dan Pengarah Eksekutif telah menjadikan beliau seorang yang mampu memimpin sebuah syarikat pelancongan yang berdaya maju.
Mohd Rozalie memulakan kerjaya sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Rawatan Dialisis Islah yang ditubuhkan pada tahun 2004 sehingga kini. Selepas itu beliau telah berjaya menubuhkan sebuah syarikat pelancongan pada tahun 2006 yang memfokuskan aspek pengendalian umrah. Beliau telah berjaya menjadikan syarikat miliknya mampu bersaing dengan syarikat-syarikat pengendali umrah yang lain.
Beliau kini adalah Pengarah Eksekutif NRZ Holidays & Services Sdn Bhd. Melalui pengalaman dalam bidang pengurusan dan pentadbiran perniagaan, Mohd Rozalie bersama pasukan kerja NRZ Holidays & Services Sdn Bhd bertekad untuk mencipta kejayaan yang gemilang.
Zakaria Ab Rahman mempunyai pengalaman yang luas dalam aspek operasi pentadbiran di beberapa buah syarikat. Beliau pernah menyertai TIC Housing Sdn Bhd sebagai Pengarah Eksekutif dan Kvaerner Petrominco Sdn Bhd.
Beliau adalah Pengarah Eksekutif merangkap Pengarah Operasi NRZ Holidays & Services Sdn Bhd. Beliau juga pernah terlibat sebagai pengendali pakej umrah dan haji kepada beberapa buah syarikat pengendali umrah yang terkenal. Pengalaman berkenaan telah memberi kelebihan kepada beliau untuk memimpin operasi syarikat.
Boleh saya bantu